Jabatan Agama Terengganu tak benarkan program Zahid guna pekarangan 2 masjid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Negeri Terengganu tidak membenarkan penggunaan pekarangan Masjid Kampung Kuala Akob dan Masjid Haji Abdul Rahman Limbong Kuala Telemong bagi Majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan pengisytiharan keuntungan boleh agih akhir projek-projek peserta Felcra Berhad.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu M Rozi Bidin dalam surat rasmi yang dikeluarkan pada Jumaat memaklumkan penolakan itu tidak dapat dirundingkan lagi.

“Dukacita dimaklumkan, permohonan pihak tuan untuk menggunakan pekarangan Masjid Kampung Kuala Akob dan Masjid Haji Abdul Rahman Limbong Kuala Telemong bagi program tersebut adalah tidak dapat dipertimbangkan.

“Kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan,terima kasih,” katanya.

Sebelum itu, tersebar jemputan media bagi menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan KKDW tahun 2025 dan pengisytiharan keuntungan peserta Felcra Berhad oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 8 Mac, Sabtu .

Dalam jemputan itu menjadualkan pekarangan Masjid Kampung Kuala Akob, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu menjadi lokasi Iftar Dan Majlis Penyampaian Agihan Keuntungan Boleh Agih Akhir).

Manakala Masjid Haji Abdul Rahman Limbong Kuala Telemong, Hulu Terengganu, Terengganu lokasi untuk Solat Terawih dan moreh.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat