HONOR Magic 6 Pro bakal masuk ke pasaran Malaysia tidak lama lagi

- Advertisement -

HONOR Malaysia telah mengumumkan kemasukan telefon terbaru mereka iaitu HONOR Magic6 Pro ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Baru baru ini HONOR Magic6 Pro telah  mencatatkan tiga rekod DXOMARK untuk kategori paparan, bateri dan swafoto bagi mengatasi pesaing terkemuka seperti Samsung, Apple dan Google Pixel, peranti berprestij ini mendapat markah sebanyak 157 dalam kategori bateri, mengatasi Oppo Find X6 Pro.

HONOR munkin tidak sepopular jenama global seperti Apple atau samsung, tetapi syarikat dari china ini bertekad mencipta nama untuk dirinya sendiri, Telefon terbaru mereka iaitu HONOR Magic 6 pro direka khusus untuk pekara ini.

HONOR Magic 6 Pro telah membuat penampilan di MWC Mobile World Congress dengan menampilkan telefon pertama di dunia yang dijual di luar china yang mempunyai bateri Silikon karbon, malah penyelidik mengatakan ianya mempunyai kesan alam sekitar lebih rendah dan risiko daripada bateri litium-ion yang digunakan dalam kebanykan bateri hari ini.

Magic 6 Pro mempunyai banyak spesifikasi dan ciri yang anda jangka dari telefon flagship 2024. Ianya memberikan pengalaman android yang menakjubkan dalam reka bentuk peranti yang mewah. Paparan yang jelas, bateri yang tahan lama, kemera yang luar biasa, pemprosesan yang pantas, ciri Ai Yang Inovatif pasti membuatkan HONOR Magic 6 Pro menjadi sebuah telefon android yang peling menarik pada tahun 2024.

HONOR Magic6 Pro dilengkapi Sistem Kamera Falcon HONOR untuk menangkap objek pantas dengan lebih jelas dan menghasilkan gambar dalam definisi ultra-tinggi. Sistem kamera ini dikuasakan dengan AI yang mempunyai pangkalan data 28 kali ganda lebih besar dari generasi sebelumnya dan merupakan sistem yang lebih canggih dari generasi sebelumnya.

HONOR Magic6 Pro didatangi sistem Kamera Tele-falcon 180MP (f/2.6, OIS) dengan zoom optik 2.5X dan zoom digital sehingga 100X dan Kamera Ultra Lebar 50MP (f/2.0, EIS) serta Kamera Utama 50MP berkuasa dengan keupayaan apertur berubah (f/1.4 dan f/2.0, OIS), untuk menangkap momen pantas dengan kejelasan yang terbaik.

Bukan setakat itu HONOR Magic 6 Pro juga mempunyai ketahanan Screen paling tahan jatuh dalam industri setakat ini, sekaligus menentapkan piawaian baharu untuk rintangan jatuh paparan di mana skrin HONOR Magic6 Pro menerima pengesahan pensijilan ‘Five Star Overall Glass Drop Resistance Ability SGS’ untuk pelbagai senario.

author avatar
Fendi Ghafar
Venni Viddi Vinchi
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat