Ketua Pemuda UMNO tidak berseorangan dalam menyuarakan isu-isu nasional – Hafiz

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (KPUM), Dr Akmal Saleh tidak berseorangan dalam menyuarakan isu-isu nasional dan semasa.

Menurut Setiausaha Pemuda UMNO, Mohd Hafiz Ariffin, tidak timbul langsung isu itu kerana Dr Akmal mendapat sokongan dalam menyuarakan pandangan bagi pihak Pemuda.

Tegasnya, ketua Pemuda adalah repsentasi kepada sayap Pemuda. Perkara yang ditegur kepada kerajaan adalah untuk penambahbaikan dan memperbetulkan.

Hafiz mengulas kenyataan pemimpin parti lawan Perikatan Nasional (PN) yang merasakan Dr Akmal berseorangan dalam menyuarakan isu-isu.

“Ada heboh beberapa hari, rakan-rakan dari parti lawan PN seolah bimbang Ketua Pemuda UMNO Akmal Saleh berseorangan dalam menyuarakan isu-isu nasional dan semasa.

“Mereka pula bimbang di mana 191 Pemuda UMNO Bahagian yang lain dan Ketua-Ketua Pemuda Negerinya. Saya fikir tidak timbul langsung soal itu, Ketua Pemuda mendapat sokongan dalam menyuarakan pandangan bagi pihak Pemuda.

“Ketua Pemuda adalah representasi kepada sayap Pemuda. Perkara yang ditegur kepada Kerajaan adalah untuk penambahbaikan dan memperbetulkan. Bukan mahu meruntuhkan.

Satu pandangan itu cukup kukuh untuk memberikan isyarat tentang pendirian Pemuda dalam satu-satu hal,” kata Hafiz menerusi kenyataan Facebooknya, pada Rabu.

Tambah Hafiz lagi, pasukan Pemuda UMNO sentiasa sahaja bersama dalam segenap hal seperti konflik Israel – Palestin, isu beras, isu pengiktirafan Kg Baru di UNESCO, skim pencen penjawat awam, isu pelawak melampau – Joycelyn Chia,  isu cadangan PM bukan Melayu / Bumiputera dan insiden diantara Menteri Pelancongan & Pegawai Imigresen.

Hafiz juga mempersoalkan dimana suara pemuda-pemuda dari parti pembangkang?

“Persoalan yang lebih besar, dimana suara Pemuda-Pemuda dari parti Pembangkang?

“Adakah benar-benar tinggal seorang sahaja ketuanya? Kerana tidak pernah juga nampak yang lainnya. Bahkan kita seolah lupa ada parti pembangkang, kerana terlalu sunyi khasnya dari sayap orang mudanya.

“Kami hargai kebimbangan yang dilahirkan kepada Ketua Pemuda kami. Tapi kami lebih bimbang kalau rakyat lupa kita ada pembangkang yang tidak begitu kelihatan,” ujarnya.-SUARATV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat