Guru PASTI tak dicarum KWSP, gaji RM1,500 – Nik Nazmi bidas Hadi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mempersoalkan kebajikan guru-guru yang mengajar di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang didakwanya tidak dicarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kelantan dan Terengganu itu, PASTI yang telah ditubuhkan pada tahun 1989 hanya mencarum PERKESO pada tahun 2021, selepas lebih 30 tahun beroperasi.

“Sehingga hari ini, wujud dakwaan guru-guru di PASTI tidak dicarum KWSP.

“Bahkan tidak memiliki apa-apa pelan persaraan malah dibayar gaji bawah gaji minimum RM1,500,” bidas Nik Nazmi.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkata demikian susulan, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam ucapannya di Dewan Rakyat telah mengelirukan orang ramai mendakwa Kerajaan Persekutuan akan mengurangkan atau menghentikan pencen untuk penjawat awam.

“Hakikatnya, cadangan kerajaan adalah untuk menyemak semula saraan semua penjawat awam sedia ada dan mengkaji opsyen pengambilan penjawat awam baharu dengan faedah persaraan baharu seperti KWSP menggantikan skim pencen sedia ada.

“Cadangan ini tidak menyentuh penjawat awam sedia ada.

“Malah ucapan Hadi telah cuba memberi gambaran bahawa caruman KWSP adalah tidak Islamik. Adakah bekas Menteri Besar Terengganu dan mantan Duta Khas Timur Tengah ini tidak faham KWSP juga suatu perlindungan persaraan? soal beliau.

Tambah Nik Nazmi, kalau nak dikatakan KWSP tidak Islamik atau mengikut ajaran Rasulullah SAW, pada tahun 2022 Yayasan Islam Kelantan (YIK), agensi Kerajaan Negeri Kelantan, telah melihat skim baru yang dinamakan Skim Jawatan Tetap Bercarum.

“Skim ini menggantikan skim pencen dengan caruman KWSP.

“Mengapa ketika YIK mengumumkan cadangan ini, tiada bantahan daripada PAS?

“Adakah Hadi tidak tahu KWSP memiliki pilihan Simpanan Syariah yang diuruskan dan dilaburkan mengikut prinsip syariah? Untuk memastikan prinsip-prinsip syariah dipatuhi, suatu rangka kerja tadbir urus syariah diwujudkan untuk mentadbir urus aspek pematuhan syariah bagi Simpanan Syariah para pencarum,” tempelak beliau.

Apabila bercakap soal keselamatan pekerja seperti sistem perlindungan sosial dan persaraan, beliau percaya PAS memiliki banyak kerja yang perlu dilakukan.

“PASTI yang telah ditubuhkan pada tahun 1989 hanya mencarum PERKESO pada tahun 2021, selepas lebih 30 tahun beroperasi.

“Setiap kali isu ini dibangkitkan, mereka akan mengatakan guru-guru PASTI bukan bekerja tetapi bersifat sukarelawan. Soalan saya, selepas 30 tahun beroperasi, bukankah PAS memiliki tanggungjawab moral untuk memastikan kebajikan guru-guru PASTI terjaga?

“Sebagai seorang yang mempunyai ilmu agama, Hadi tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan jahil sebegini yang tidak memberi gambaran sebenar cadangan Kerajaan Persekutuan, malah pada masa yang sama kenyataaannya bertentangan dengan tindakan Kerajaan Kelantan dan institusi PAS sendiri,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat