RM500 Untuk Setiap Keluarga Terjejas Banjir

- Advertisement -

KUANTAN – Semua ketua isi rumah (KIR) yang terbabit dalam kejadian banjir di negeri ini akan menerima wang bantuan RM500 daripada kerajaan Pahang.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jumlah wang bantuan itu kekal seperti diberikan kepada mangsa banjir sebelum ini.

“Bantuan seperti biasa, setakat hari ini tiada perubahan SOP (prosedur operasi standard), maknanya kita kekal.

“Kalau dulu mereka berpindah akan dapat, kita akan bagi perkara yang sama, jumlah kekal seperti dulu juga setakat hari ini,” katanya kepada media selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Gemuk, dekat Rompin, petang tadi.

Turut hadir ahli dewan undangan negeri Tioman, Datuk Seri Mohd Johari Hussain dan Pengarah Bomba Pahang, Datuk Ir Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa.

Wan Rosdy turut memaklumkan semua SOP untuk sukarelawan yang ingin membantu mangsa banjir di Pahang juga tidak berubah.

Katanya, sukarelawan itu perlu mendaftarkan diri di pusat kawalan operasi bencana (PKOB) bagi memudahkan pemantauan dan penyelarasan.

“Kita juga sudah minta supaya sukarelawan mencuci rumah yang terkesan akibat banjir akan datang ke sini (mendaftar) apabila keadaan airnya surut. Maknanya kita akan bantu mereka bersihkan rumah,” katanya.

Beliau turut menyifatkan kejadian banjir di daerah Rompin minggu lalu adalah luar jangka dan banyak kawasan yang tidak pernah dilanda banjir turut terjejas.

“Ada yang kata (cerita) kepada saya tadi, (sudah) 55 tahun dia menduduki rumah yang sekarang ini dia duduki, belum pernah dinaiki air, tapi kali ini dinaiki air.

“Jadi, ini adalah sesuatu yang kita tidak boleh jangka,” katanya lagi.

Daerah Rompin paling terjejas teruk akibat banjir yang bermula minggu lalu apabila merekodkan 2,742 mangsa ditempatkan di 14 PPS.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat