Khairy harap Anwar lepas jawatan Menteri Kewangan lepas ekonomi stabil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diharap dapat melepaskan jawatan Menteri Kewangan selepas ekonomi negara mencapai kestabilan dan ada hala tuju yang jelas.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan asas cadangan beliau itu merujuk kepada tatakelola governans kerana adalah lebih baik dua jawatan iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diasingkan.

“Saya nampak kalau nak diletakkan falsafah ekonomi Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, itu pun satu isu juga iaitu Datuk Seri Anwar pegang kedua-dua jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

“Saya melihat untuk sekarang mungkin kita bagi “pass” dulu. Tapi saya harap Perdana Menteri tidak akan pegang Menteri Kewangan selama lima tahun, maksudnya Perdana Menteri akan lepaskan Menteri Kewangan apabila Perdana Menteri melihat ekonomi dah stabil semula, dah ada hala tuju yang jelas,” katanya dalam podcast Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan.

Dalam pada itu, Shahril sempat mengusik Khairy adakah jawatan Menteri Kewangan akan dilepaskan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi?

Pun begitu, Khairy tidak bersetuju sama sekali sebaliknya menyatakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof lebih sesuai berbanding Zahid.

“No, no- Fadillah okay, ada dua Timbalan Perdana Menteri.

“Saya melihat dari segi tatakelola, governans lebih baik kita asingkan dua jawatan tersebut,” balas beliau.

Perkembangan lain, Khairy menyifatkan Belanjawan 2023 yang dibentangkan Anwar sebagaoi”Left of the Centre”.

“Kalau saya nak letakkan falsafah ekonomi kerajaan ini dalam spektrum ideologi politik, saya melihat Belanjawan 2023 “Left Of The Centre”.

“Cukai pendapatan dinaikkan ini lebih progresif. Saya melihat Perdana Menteri mungkin nak wujudkan pengagihan ini dulu sebelum GST diperkenalkan.

“Kalau tidak usaha untuk tax the rich and help the poor first dan terus bantai GST ini akan ada kesan yang serius political support,” jelas Khairy.

Ulas beliau lagi, jika Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini memperkenalkan GST dan pada kempen PRU14 ia dijadikan modal politik bahawa GST dilaksanakan untuk bayar hutang 1MDB.

“Kalau kali ini Anwar didoakan tidak ada skandal macam 1MDB dan sebagainya boleh menunjukkan bahawa dalam tempoh dua tahun pertama ada pengagihan ada program-program ekonomi macam Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

“Selepas itu beliau meyebut bahawa golongan kaya perlu membayar lebih cukai pendapatan untuk meningkatkan hasil kerajaan.

“Saya rasa dalam keadaan tersebut lebih ramai boleh menerima GST sekiranya usaha untuk mengagih semula berjalan baik untuk tempoh setahun dua ini,” kata beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat