MARA Serah Sepenuhnya Kepada SPRM Lakukan Siasatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengurusan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan MARA Corporation Sdn Bhd (MARA Corp) sedia memberikan kerjasama dan menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan mengenai isu integriti membabitkan beberapa pegawai kanannya.

Pengerusi MARA Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata, pihaknya dan MARA Corp menerima kunjungan sepasukan pegawai SPRM Putrajaya bagi memulakan siasatan ke atas pegawainya yang dikaitkan dengan dakwaan isu integriti.

“Pengurusan MARA dan MARA Corp sedia memberikan kerjasama dan menyerahkan sepenuhnya kes ini untuk siasatan pihak SPRM.

“MARA sentiasa komited dalam memastikan integriti organisasi ini terpelihara dan tidak sesekali berkompromi dengan sebarang salah guna kuasa dan penyelewengan yang membabitkan kepentingan awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan SPRM menyerbu pejabat MARA, MARA Corp dan pejabat Setiausaha Syarikat kepada MARA Corp dalam serbuan serentak, hari ini.

Difahamkan, serbuan dilakukan bagi mengumpul dokumen dan mengambil keterangan beberapa saksi daripada MARA Corporation.

Sebelum ini, SPRM dilaporkan memandang serius dakwaan wujudnya isu integriti membabitkan beberapa pegawai kanan MARA yang sedang disiasat secara dalaman oleh agensi terbabit.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 yang berkaitan dengan kesalahan mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk mendapatkan suapan. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat