“Kamu pernah duduk dalam penjara, lupa sengsara?” – Ezam gesa pindahkan Najib ke rumah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketidakadilan dan kezaliman terhadap Datuk Seri Najib Razak sudah berlarutan setahun apabila titah adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 tidak dilaksana.

Bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor mengingatkan Perdana Menteri itu tentang kesengsaraan dalam penjara yang mungkin sudah dilupakan.

“Titah itu (adendum) pada Januari 2024. Hari ini Januari 2025. Maknanya ketidakadilan dan kezaliman telah berlaku keatas seorang yang berada didalam penjara hampir setahun!

“Apapun, hari ini pindahkan segera dari penjara ke rumah. Setiap saat,detik masa yang berlalu dipenjara itu adalah satu kezaliman besar bagi hak seorang insan.

“Kamu pernah duduk penjara,saya pernah duduk penjara.Apakah kamu lupa harga dan sengsara bagi setiap siang dan malam di penjara? soal Ezam dalam hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Beliau yang juga bekas pejuang reformasi berkata, umum maklum keputusan di mahkamah semalam dan itu tugas mahkamah walaupun sebenarnya tidak perlu sekiranya kerajaan ini telus dan jujur.

“Dalam soal pengampunan, kuasa tertinggi adalah Yang di-Pertuan Agong.Kuasa ini mutlak dan eksklusif hanya ada padanya.Tidak pada mana-mana individu atau institusi lain di negara ini.

“Makanya,lebih menentukan semalam bukan keputusan mahkamah tetapi surat daripada istana yang mewakili Agong ke-16.Surat itu mengesahkan ada titah tambahan diraja (adendum) yang memerintahkan Najib meneruskan hukuman di rumah serta merta.

“Kerajaan yang benar berdiri atas prinsip keadilan mesti bertindak segera perbetulkan ketidakadilan yang tertangguh setahun ini.Apalagi ketua kerajaan ini adalah ketua sebuah parti yang mengatasnamakan keadilan!

“Bukankah dulu kerajaan ini mendakwa mereka adalah kerajaan Agong? Raja yang disinggahsana pada kewujudannya adalah raja yang memberi titah tambahan (adendum) itu.Mengapa sukar sangat melaksanakan perintah raja yang sama ini? Mengapa sanggup ingkar dan derhaka? Kita semua tahu jawapannya,” kata Ezam lagi.

Sementara itu, ujar beliau lagi setelah perbetulkan segera ketidakadilan yang tertangguh ini, bubarkan sajalah Kabinet ini.

“Apa guna ada menteri buta,yang jelas dikatakan khabar angin.Ada menteri pekak, dulu memekak mekak sokong Najib ,setelah jadi menteri jadi pekak.Ada juga setelah jadi menteri jadi bisu.Duduk dalam Lembaga Pengampunan, sepatah pun tidak keluar menjelaskan isu.

“Dan PM yang gagal mengawal si pekak,si buta dan si bisu ini juga eloklah berhenti. PM yang sudah hilang kawalan, terhadap si biadap yang tidak pernah mengucap menyuruh orang taubat pun PM ini tak boleh kawal sama sekali.Kepada yang mengaku duta tuhan pun dibiar menjadi menteri menjaga belia masa depan bangsa ini.Apa guna jadi Perdana Menteri,” bidas Ezam.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat