Wan Rosdy sangkal dakwaan Raja Petra Presiden UMNO arah ahli parlimen BN nyatakan pendirian sokong PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menyangkal dakwaan penulis blog Raja Petra Kamaruddin (RPK) kononnya Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) berkumpul di Cameron Highlands semalam untuk menyatakan pendirian menyokong Perdana Menteri.

Tegas Wan Rosdy, dakwaan RPK itu adalah fitnah bagi mensensasikan isu langkah Dubai.

Jelas Wan Rosdy, kehadiran Ahmad Zahid ke Cameron Highlands semalam adalah lawatan pasca bencana di Kampung Orang Asli Sungai Ruil susulan kejadian tanah runtuh pada bulan Oktober yang lalu.

Selain itu tambah beliau lagi, Ahmad Zahid juga dalam program Jelajah Akar Umbi Presiden UMNO bersama UMNO Bahagian Cameron Highlands. Program ini dihadiri oleh pimpinan UMNO di peringkat negeri dan bahagian.

“Lawatan YAB Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Malaysia ke Cameron Highlands adalah lawatan pasca bencana di Kampung Orang Asli Sungai Ruil susulan kejadian tanah runtuh pada bulan Oktober yang lalu.

“Hasil daripada lawatan tersebut, beberapa keputusan mustahak yang menguntungkan rakyat juga telah dibuat,

” Ia kemudiannya disusuli dengan program Jelajah Akar Umbi Presiden UMNO bersama UMNO Bahagian Cameron Highlands. Program ini dihadiri oleh pimpinan UMNO di peringkat negeri dan bahagian,

“Justeru, saya ingin menyatakan bahawa tuduhan yang dibuat oleh penulis blog, Raja Petra bahawa Presiden UMNO telah mengarahkan agar semua Ahli Parlimen BN untuk berkumpul di Cameron Highlands bagi tujuan menyatakan pendirian sokongan kepada Perdana Menteri adalah tidak betul dan fitnah semata-mata,

“Fitnah dan tohmahan ini hanya dibuat untuk mensensasikan isu Langkah Dubai. Malah, ia dibuat pula oleh seorang penulis blog veteran yang mengabdikan diri di luar negara kerana takut diambil tindakan atas fitnah-fitnah yang dibuat hampir setiap hari,” kata Wan Rosdy menerusi kenyataan Facebooknya, pada Ahad.

Dalam pada itu, Wan Rosdy menasihatkan rakyat Malaysia agar tidak percaya dengan fitnah murahan seperti ini.

Ujarnya lagi, parti UMNO akan terus menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang telah menggunakan wewenang baginda untuk mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ini ditubuhkan. Fokus dan tumpuan sepenuhnya akan diberikan kepada negara dan rakyat, bukan bermain politik murahan yang merugikan.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat