Pesta muzik Kuantan bakal saksikan persembahan kumpulan Ungu dan Artis tanah air.

- Advertisement -

Bersempena menyambut kepulangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang bakal menamatkan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI di Istana Negara dan berangkat pulang ke negeri Pahang.

Satu  majlis “Pesta Muzik Kuantan” akan diadakan dengan menampilkan kumpulan  Ungu & Artis Tanah Air dijadualkan pada 24 Februari 2024 akan berlangsung di Stadium Darul Makmur Kuantan.

Istimewa buat seluruh rakyat negeri pahang dan pantai timur khasnya tawaran harga serendah RM58 dan Pesta ini bakal mempersembahkan gabungan seni muzik dan budaya penduduk tempatan untuk pengunjung datang ke Kuantan dan negeri lain di sekitar Pantai Timur.

Penampilan Ungu yang cukup terkenal dengan hits seperti Kekasih Gelapku dan Cinta Dalam Hati akan mencatat sejarah tersendiri sebagai kumpulan Indonesia pertama yang tampil dalam Pesta Muzik Kuantan kali ini.

Menurut pihak penganjur Showpro Entertainment, “Showpro Entertainment sangat berbesar hati menganjurkan Pesta Muzik Kuantan sempena menyambut kepulangan KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku ke negeri Pahang.”

“Dan keraian ini tidak akan lengkap tanpa bintang jemputan terutama kumpulan Ungu yang memang sangat popular di Malaysia.”

“Ungu juga tidak pernah mengadakan persembahan di Stadium Darul Makmur secara khusus, maka ia adalah peluang terbaik untuk rakyat jelata negeri Pahang dan dari Pantai Timur datang ke sini menyaksikan persembahan kumpulan ini.”

Bagi Ungu, lamaran Showpro Entertainment ibarat sebuah kesempatan yang tidak selalu ada dan mereka mengaku tiada sebab untuk menolak selepas melihat objektif yang mahu dicapai menerusi Pesta Muzik Kuantan.

“Terlebih dahulu kami ingin berterimakasih kepada penganjur kerana memilih Ungu untuk turut serta di Pesta Muzik Kuantan. Ini mungkin akan menjadi pengalaman pertama kali kami bermain di hadapan penduduk Pahang dan rakyat Pantai Timur.?

“Tapi yang lebih istimewa lagi adalah penganjuran Pesta Muzik Kuantan ini bersempena dengan sambutan kepulangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke Pahang. la menjadi satu penghormatan buat Ungu apa lagi berkongsi pentas bersama barisan artis tanah air dan bertemu peminat di kawasan Pantai Timur,” ujar Pasha.

Harga tiket adalah seperti berikut:

(SEJAUH MUNGKIN)                                     RM58.00,
(DEMI WAKTU)                                            RM88.00,
(CINTA DALAM HATI)                                   RM98.00,
(KEKASIH GELAPKU & SEPERTI YANG DULU)  RM118.00,
(GEGAR)                                                     RM128.00,
(VIP B, FREE SEATING)                                RM388.00,
(VIP A, FREE SEATING),                               RM448.00,
(MIP, NUMBERED SEATING),                         RM628.00

Tike akan mula dijual pada 30 Disember 2023 melalui Ticket 2U dari jam 3.45 petang.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat