Tolak pendaftaran, PN takut potensi Pejuang?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) hari ini menolak permohonan pendaftaran parti Pejuang yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tokoh wartawan Nasional, Datuk A. Kadir Jasin mendakwa tindakan ROS itu kerana Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengakui Pejuang ada potensi.

“ROS tolak (pendaftaran) Pejuang pasal Muhyiddin dan Hamzah mengakui Pejuang ada potensi,” kata A. Kadir di Facebooknya.

Terdahulu dilaporkan ROS menolak permohonan pendaftaran Pejuang di Mahkamah Tinggi, hari ini.

Peguam Pejuang, Mior Nor Haidir Suhaimi memaklumkan perkembangan itu selepas prosiding semakan kehakiman Pejuang di Mahkamah Tinggi hari ini.

“Kami menerima surat ROS lewat petang semalam yang memberitahu bahawa ia memutuskan untuk menolak pendaftaran kami.

“Oleh kerana semakan kehakiman ini berkait dengan ketiadaan tindakan ROS berhubung permohonan pendaftaran kami, maka ia kini tiada makna apa-apa,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat