Puad dakwa Annuar ikut game plan Hamzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Masih belum reda isu posisi Tan Sri Annuar Musa diganti, bahkan semakin banyak rahsia dalaman rumah tangga UMNO-BN terbongkar.

Hari ini Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi mendedahkan Annuar cenderung mengikut telunjuk Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Menurut Puad, selepas disingkirkan daripada jawatan Setiausaha Agung BN dan Setiausaha Agung Muafakat Nasional (MN) semakin terserlah sikap sebenar Annuar, terutamanya berkenaan pendedahan sokongan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

“Nampak “his true color”. Annuar kata, surat Zahid kepada Agong sokong Anwar sebagai Perdana Menteri adalah tulen. Dia belasah Presiden (Zahid).

“Ramai tidak tahu, Annuar sebelum ini desak Datuk Seri Ahmad Maslan selaku Setiausaha Agung UMNO buat laporan polis kononnya surat itu adalah palsu yang sengaja direka oleh Anwar.

“Kenapa mesti buat laporan polis? Kenapa mesti ikut ‘game plan’ Datuk Seri Hamzah Zainuddin. Kenapa sekarang dakwa surat itu tulen pula? Soal Puad dalam satu hantaran di Facebooknya.

Justeru, katanya, sebab itu slogan “No Anwar No DAP” bukan punca Annuar dipecat.

“Dia dendang sendiri alasan itu supaya dia dilihat hero Melayu yang berprinsip. Sebenarnya meraban.

“Biar Annuar terjun dengan labu labunya. UMNO Moving Forward,” tegas beliau.

Puad membangkitkan persoalan “kenapa Annuar meraban?

“Dia bukan dipecat. Cuma diganti oleh Ahmad Maslan. Itu jawatan dilantik. Memang boleh ditukar.

“Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pernah dugugurkan sebagai Setiausaha Agung BN. Dia diganti oleh Annuar. Ku Nan tidak pun buat sidang media membelasah Presiden parti.

“Ahmad Maslan pernah jadi Ketua Penerangan UMNO. Dia diganti oleh Annuar. Ahmad Maslan tidak pun buat sidang media belasah Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat