Kugiran Masdo disangka dari Bandung, tapi ‘Made in Malaysia’

- Advertisement -

Petaling Jaya: Kian rancak tembusi pasaran muzik Indonesia, Kugiran Masdo sebenarnya berdepan liku sukar dan pelbagai insiden sulit untuk menjual karya serta tawan hati peminat di seberang.

Kumpulan dianggotai Ali Sariah, Putuceri, Azham Ahmad, dan Asmawi itu belajar 1,000 satu hal untuk menembusi pasaran di sana yang mana bukan mudah artis luar mampu diterima baik.

“Kalau nak cakap dapat ke Indonesia itu, memang banyak momen seronok. Tapi, banyak juga kejadian di belakang tabir yang orang tak tahu. Betullah bukan senang untuk kita masuk ke pasaran orang lain.

“Apa yang kami lalui sepanjang enam bulan selepas sempadan dibuka, bergerak sendiri memang liku-likunya susah. Boleh guna tiket sebagai artis indie, tapi likunya lebih besar sebab kami sendiri pernah laluinya di Malaysia.

“Disebabkan itu, kami perlu ikat kerjasama dengan label rakaman besar kerana tak nak lalui kepayahan berulang itu. Kami akan kongsi insiden kepayahan itu suatu hari nanti,” kata Ali selaku vokalis.

Putu Ceri menambah, mereka bertuah kerana berjaya diterima secara luar biasa di sana. Mereka sebenarnya tidak sangka peminat Indonesia sangat mengikuti karya serta tahu lagu-lagu mereka.

“Selepas lagu kami tular di sana, kami tidak tahu pun kunjungan ke Indonesia pada Julai lalu dapat sambutan luar biasa. Bahkan, bila kami tanya peminat di sana, mereka cuma kenal kumpulan lama seperti Search selain kami.

“Justeru, kami sangat bersyukur bilamana karya kami benar-benar menawan hati mereka. Kami juga terpaksa jelaskan kami berasal dari Malaysia kerana awalnya disangka Kugiran Masdo dari Bandung,” katanya.

Kugiran Masdo ditemui pada sidang media Konsert Kugiran Masdo X The Changcuters, dekat sini, semalam. Kerjasama sulung bersama band dari Indonesia itu akan diadakan pada 29 Disember, 8.30 malam, di Zepp, Kuala Lumpur.

Pada acara itu, anggota The Changcuters yang mengikutinya secara maya menyatakan tidak sabar kembali ke sini. Mereka berjanji bakal sajikan corak persembahan yang gempak pada konsert itu nanti.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat