Program Basmi Kemiskinan Secara Holistik Di 50 Lokaliti – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan fasa satu program basmi kemiskinan secara holitistik akan dilaksanakan secara bersasar di 50 lokaliti bermula awal tahun depan.

Perdana Menteri berkata, pemilihan lokaliti bagi program itu akan memfokuskan kepada negeri-negeri yang memiliki kadar kemiskinan tegar tertinggi dan mengambil kira pelbagai aspek seperti pendapatan, pendidikan dan kemahiran serta kesihatan.

“Program ini adalah berdasarkan pendekatan keseluruhan negara. Ia melibatkan pelaksanaan secara terancang yang merangkumi sektor awam, swasta, akademia serta pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan organisasi berasaskan komuniti (CBO).

“Program ini akan dilaksanakan secara bersasar berdasarkan keperluan lokaliti dan mengambil kira pelbagai dimensi termasuklah aspek pendapatan, pendidikan dan kemahiran serta kesihatan.

“Program ini akan dilaksanakan di bandar dan luar bandar tanpa mengira etnik,” katanya, dipetik dari kenyataan m edia beliau hari ini.

Keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pemantauan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) kali pertama yang dipengerusikan Perdana Menteri hari ini.

Menurut beliau, program tersebut akan diterajui bersama oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat