Kes Baru Covid-19 dan Kluster Jangkitan Turun – KP Kesihatan

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Malaysia terus merekodkan penurunan lima kluster Covid-19 baharu selepas semalam, mencatatkan sembilan kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan lima kluster itu menjadi keseluruhan kluster aktif sebanyak 234 kluster.

“Selain itu, 5,749 kluster yang telah tamat direkodkan manakala jumlah kluster terkumpul sejak berlakunya pandemik Covid-19 iaitu 5,983 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 iaitu 4,262 kes manakala semalam, 4,298 kes sekali gus diatasi 5,894 kes sembuh.

Katanya, sebanyak 463 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 249 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

“Daripada 4,262 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 78 kes (1.8 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima manakala bakinya, 4,184 kes (98.2 peratus) adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan peningkatan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 40 kes berbanding kelmarin, 36 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 30,614 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 10 daripada 40 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,199 kes. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat