Bersatu Bakal Ambil Tindakan Terhadap Ali Biju

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Bersatu tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana ahlinya yang bertanding pada pilihan raya tanpa kebenaran parti,” kata Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Beliau berkata ahli yang melanggar perlembagaan parti boleh berdepan dengan tindakan disiplin yang tegas, termasuk keahlian boleh terhenti serta merta.

Kenyataan tersebut dipercayai merujuk kepada tindakan Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju yang bertanding atas tiket Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian pada PRN12 Sarawak.

“Peraturan yang sama terpakai di Sarawak dan parti akan membuat pengumuman yang sewajarnya berkaitan perkara ini,” demikian kata Wan Saiful dalam kenyataan di Facebook, pada Isnin.

Untuk rekod sebelum ini, Ali merupakan wakil tunggal Bersatu di DUN Sarawak.

Beliau memenangi DUN Krian ketika bersama PKR pada 2011 dan 2016.

Bagaimanapun, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan parti itu tidak bertanding dalam PRN12 Sarawak.

Mengulas lanjut, Wan Saiful menyeru semua ahli Bersatu untuk bersama-sama berganding bahu bagi memastikan kemenangan besar buat GPS pada PRN12.

“Mari kita gunakan keberadaan kita untuk membantu kemenangan rakan sepasukan,” ujarnya.

Sementara itu memetik laporan Utusan Borneo, Ali berkata keputusan bertanding di DUN Krian dibuat untuk menghormati sokongan dan permohonan rakyat di peringkat akar umbi yang mahu beliau terus bertanding mempertahankan kerusi tersebut yang telah dimenanginya sejak dua penggal yang lalu.

Terdahulu, 82 Pusat Penamaan Calon (PPC) dibuka bermula 9 hingga 10 pagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Disember sebagai hari pengundian, sementara undi awal pada 14 Disember.

Kredit foto: FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,612FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat