Terima rasuah daripada pendakwah selebriti, aktivis politik antara tiga ditahan SPRM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seorang aktivis politik antara tiga lelaki ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah kerana disyaki meminta dan menerima rasuah.

Perintah reman selama empat hari sehingga 9 November dikeluarkan Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali terhadap ketiga-tiga suspek selepas SPRM membuat permohonan itu di Mahkamah Majistret di Alor Setar, pada Rabu.

Suspek berusia antara 30-an hingga 50-an dikatakan melakukan kesalahan itu apabila meminta wang daripada seorang pendakwah selebriti kononnya bagi membantu menyelesaikan kes penggubahan wang haram (AMLA) yang dalam siasatan polis.

Menurut sumber, kesemua suspek lelaki ditahan antara 12 tengah hari hingga 5 petang semalam, dalam satu operasi di sekitar Bedong, Sungai Petani dan di Pejabat SPRM Kedah.

“Siasatan awal dipercayai kesemua suspek bersubahat meminta wang sebanyak RM150,000 tetapi mereka hanya menerima RM20,000 tunai daripada pendakwah tersebut,” katanya

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Ahmad Nizam Ismail mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Dalam pada itu, aktivis politik yang juga pempengaruh media sosial itu tiba di pekarangan lokap mahkamah pada 9 pagi tadi dengan berpakaian lokap.

Lelaki itu turut meluangkan ‘lawan tetap lawan’ di hadapan kumpulan media di pekarangan lokap mahkamah.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat