Konsert ‘7 Vibrato Gitar’ Berjaya gegarkan Zepp kuala Lumpur

- Advertisement -

Apakah Rock jika tiada petikan gitar, jika tiada petikan gitar didalam genre muzik Rock ianya tidak lengkap dan susah dipisahkan, Gandingan Rock dan gitar menjadi satu kemestian untuk menghasilkan genre muzik rock.

Maka tidak hairanlah jika setiap kumpulan Rock harus mempunyai seorang gitaris yang mahir didalam mencipta sesuatu yang luar biasa seiring dengan dengan lagu-lagu yang dimainkan dan mencabar ke tahap yang lebih tinggi.

Maka sejarah telah tercipta apabila satu persembahan yang telah menghimpunkan 7 pemain gitar handalan diatas satu pentas untuk mencapai harmoni rock dan menjadi persembahan yang julung julung kalinya dipersembahkan di negara ini.

Bertempat di Zepp Kuala Lumpur konsert yang diberi nama ‘Tujuh Vibrato Gitar’ telah menghimpunkan 7 handalan gitar di satu pentas dan mencapai harmoni rock yang bergitu luar biasa.

Konsert yang telah berlangsung pada 3 November lepas berjaya menarik seramai 2,000 peminat hadir dan melihat sendiri persembahan yang luar biasa berlaku.

Barisan handalan gitaris adalah pencetus ‘Konsert Tujuh Vibrato Gitar’ iaitu Joe Branko, Man Keedal, Kid Search, Shah Slam, Jemboo Def Gab C, dua gitaris muda iaitu Muzza dan sekuntum bunga Anis Kalisa.

Pada konsert itu juga 3 penyanyi hebat telah menghangatkan lagi persembahan pada malam itu ialah Dato Hattan, Muss (Barbarik) dan Lan Solo serta diiringi oleh kumpulan barbarik..

Pihak penganjur iaitu Big Stage Entertainment Channel dan Anggerik Event Sdn Bhd sebagai penganjur bersama telah berjaya menghasilkan sesuatu yang pertama kali dipersembahan dan menjadinya sesuatu persembahan luar biasa hebat.

Setinggi tinggi pujian harus diberikan kepada pencetus idea ini iaitu Joe Branko kerana telah berjaya merialisasikan konsert Tujuh Vibrato Gitar ini. Walaupun menerima khabar duka kehilangan adik yang tersayang namun Joe sanggup menutupi kesedihannya dengan memberikan persembahan yang terbaik buat peminat yang hadir pada malam itu.

Joe juga tidak menyangka persembahan pada malam itu lebih hebat dan enjoy dari sesi latihan yang mereka jalani selama beberapa bulan yang lalu.

“Persembahan malam ni lagi best dari apa yang kita praktis, ada extra lagi untuk malam ni, memang puas hati!” Ujar Joe semasa sesi sidang media selepas konsert pada malam tersebut.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat