Didik Israel jadi penjajah, AS, UK layak dicaci Tun M – KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) layak menerima cacian dan hinaan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana telah ‘mendidik’ Israel menjadi penjajah dan penjenayah ke atas Palestin kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Bekas Menteri Kesihatan itu berkata, jika dulu AS dan UK dikagumi namun kini dihina ramai.

“AS dan UK layak menerima setiap cacian yang dilemparkan oleh ‘lelaki tua’ itu kepada mereka.

“Dulu dikagumi sesetengah orang, kini dihina ramai. Ia seperti itu, dan begitulah keadaannya,” kata Khairy.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada ucapan Dr Mahathir ketika Global Solidarity and Rally for Free Palestine anjuran Forsea baru-baru ini.

Dr Mahathir berkata, AS sememangnya telah menjarah tanah Orang Asli Amerika yang telah dibersihkan secara etnik oleh peneroka.

“Apa yang dilakukan oleh peneroka AS terhadap penduduk asli Amerika tidak berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Israel ke atas rakyat Palestin.

“Manakala Kerajaan UK, walaupun hanya anjing kecil AS, mempunyai khayalan tentang kegemilangan masa lalu penjajah mereka justeru kesediaannya untuk melihat pembunuhan beramai-ramai dilakukan ke atas rakyat tanpa sebarang belas kasihan.

“Apa yang dilakukan hanyalah lanjutan atau replikasi daripada apa yang biasa dikenakan kepada orang-orang yang tinggal di empayar mereka,” ucapnya.

Begitu juga dengan Israel, ujar beliau.

“Israel adalah peneroka penjajah dan dengan AS, UK dan negara-negara bekas imperialis yang lain menyokongnya, melakukan jenis jenayah yang paling teruk terhadap manusia secara sewenang-wenang dan tanpa hukuman.

“Setiap daripada mereka mempunyai darah di tangan mereka. Dan mereka kini menginginkan lebih,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat