Final Jelajah Dunia BWF: Aaron-Wooi Yik Harap Kejaiban Di Indonesia

- Advertisement -

BEREGU lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, hanya mempunyai baki dua kejohanan untuk mengutip mata kelayakan ke Final Jelajah Dunia BWF di Bali, Indonesia bulan depan.

Gandingan negara itu direhatkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) daripada menyertai Kejohanan Badminton Terbuka Hylo di Jerman minggu ini bagi mendapatkan waktu rehat secukupnya sebelum menyertai Masters Indonesia bermula 16 November ini dan Terbuka Indonesia pada 23 November ini.

Aaron dan Wooi Yok kini berada di ranking ke-10 kelayakan ke Final Jelajah Dunia BWF dan perlu sekurang-kurangnya layak ke suku akhir bagi kedua-dua kejohanan itu sambil berharap beregu lain yang berada di ranking lebih baik keciciran mata.

Ini kerana hanya lapan beregu terbaik akan layak menyertai kejohanan penutup musim itu.

“Kami sememangnya berpeluang dalam Masters dan Terbuka Indonesia untuk berusaha ke Jelajah Dunia,” kata Aaron kepada wartawan Nadi Arena, Adam Zamri.

“Cuma, kami berasa sedikit tidak puas kerana tidak dapat beraksi di Jerman minggu ini memandangkan peluangnya besar dan ramai pemain ternama tidak menyertainya.

“Jika kami dapat beraksi, peluang untuk ke Jelajah Dunia lebih tinggi.

“Jadi, untuk kejohanan di Indonesia itu, kami sekurang-kurangnya perlu layak ke suku akhir dalam kedua-dua kejohanan berkenaan.

“Mungkin, tekanannya agak tinggi untuk melayakkan diri ke Jelajah Dunia di sana,” katanya.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,585FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat