Program Subsidi Upah 2.0 Bantu Pekerja, Majikan – M Saravanan

Saringan Komuniti Di Meru Bermula Rabu

SHAH ALAM: Saringan komuniti bersasar terhadap penduduk di sekitar Meru, Klang akan dimulakan pada Rabu ini, susulan kenaikan mendadak kes positif COVID-19 di negeri...

Keputusan Liga Perdana Inggeris

LONDON: Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris: Leicester 1 (Barnes 86) Fulham 2 (Lookman 30, Cavaleiro 38-pen) West Ham 2 (Ogbonna 2, Bowen 46) Aston Villa 1...

Banjir: Baru 2 Hari Balik Rumah, Kena Pindah Semula Ke PPS

BAGAN SERAI: Baru dua hari balik rumah, kena pindah semula ke pusat pemindahan sementara (PPS). Itu nasib sebahagian mangsa banjir dari Kampung Matang Tengah...

Pentadbiran Joe Biden Bakal Dianggotai Ramai Wanita, Orang Kulit Berwarna

PENTADBIRAN bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden akan dianggotai ahli daripada pelbagai latar belakang etnik termasuk orang kulit berwarna dan wanita. Perkara itu menjadikan...

Nadma Sedia Aktifkan Semula Fasiliti Di MAEPS

KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sedia mengaktifkan semula Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS),...

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia berpendapat peruntukan bagi Program Subsidi Upah yang diteruskan menerusi Belanjawan 2021 memberikan keyakinan kepada majikan untuk meneruskan operasi syarikat.

Selain itu, ia turut memberikan peluang kepada tenaga kerja untuk terus berkhidmat.

Menterinya, Datuk Seri M Saravanan berkata, peruntukan kira-kira RM2 bilion tahun ini bagi Program Subsidi Upah telah menyelamatkan lebih 300,000 syarikat dan 2.7 juta warga kerja.

“Untuk Program Subsidi Upah 2.0, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.5 bilion lagi. Ia memberi keyakinan kepada warga kerja dengan peluang pekerjaan yang berterusan.

“Dalam keadaan luar biasa sekarang di mana sebahagian besar syarikat-syarikat dalam keadaan tidak pasti sama ada boleh terus beroperasi atau gulung tikar.

“Diharapkan Program Subsidi Upah ini mampu memberi mereka keyakinan untuk meneruskan operasi, sekali gus terus memberi peluang kerja,” katanya pada sidang akhbar selepas Pembentangan Belanjawan 2021 di lobi Parlimen di sini hari ini.

Saravanan berkata, selain Program Subsidi Upah 2.0, pelbagai peruntukan lain diberikan seperti Geran Khas Prihatin Tambahan bagi pemandu teksi.

“Saya kira belanjawan ini mengambil kira keseluruhan peringkat dan aspek. Selain itu cadangan agar pekerja terus meningkatkan kemahiran mereka merupakan program yang baik.

“Salah satu pendekatan kementerian ialah memperkenalkan warga kerja yang relevan menerusi peningkatan kemahiran. Dengan ini mereka akan lebih relevan kepada syarikat dan ini salah satu cara untuk terus kekal berkhidmat,” katanya. – Sinar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Berita Berkaitan

Wisma Putra Komited Bantu Perkukuh Industri Sawit – Hishammuddin

CYBERJAYA - Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berjanji akan memastikan Wisma Putra terus membantu kementerian berkaitan dalam usaha memperkukuhkan industri...

KKM Jangka Terima Laporan Kajian Klinikal Vaksin Covid-19 Minggu Depan

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka menerima laporan pertama kajian klinikal fasa ketiga vaksin COVID-19 minggu depan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr...

Pemuda UMNO Serah Memorandum Gesa Kerajaan Henti Penjualan Aset Tabung Haji

PETALING JAYA - Pemuda Umno menyerahkan memorandum kepada tiga menteri sebagai “usaha terakhir” menghentikan penjualan aset TH Plantation Berhad, ketika Laporan Suku Ketiga Tahun...