BELANJAWAN 2021: RM1 Bilion Membendung Gelombang Ketiga Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperutukan RM1 bilion akan untuk membendung gelombang ketiga Covid-19.

Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan Negara 2021 berkata, RM475 juta diperuntukkan bagi pembelian bekalan reagen, kit saringan dan bahan guna habis khusus untuk kegunaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Selain itu, RM318 juta ringgit bagi penyediaan peralatan PPE dan hand sanitizer kepada petugas barisan hadapan KKM, RM150 juta ringgit kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara bagi menyelaras memerangi Covid-19.

RM50 juta ringgit bagi perolehan peralatan, bekalan ujian makmal dan ubat-ubatan di Hospital Pengajar Universiti Utara dan menambah peralatan pengoperasian fasiliti pergigian, perkhidmatan klinik secara maya serta penyediaan fasiliti zon saringan dan termometer di kemudahan kesihatan bagi memenuhi SOP noma baharu.

Tengku Zafrul juga mengumumkan pemberian one-off sebanyak RM500 bagi barisan hadapan KKM yang dijangka memanfaatkan 100 ribu petugas kesihatan. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat