Sanggup serah MyKad seludup petrol subsidi ke Thailand – KPDN Kelantan

KUALA LUMPUR – Segelintir penduduk di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini sanggup bersekongkol dan menyerahkan MyKad mereka kepada penyeludup bagi membolehkan petrol bersubsidi berharga RM1.99 seliter itu diseludup ke Thailand.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Kelantan Azman Ismail berkata, walaupun tiada sebarang kes dikesan namun pihaknya tidak menolak kemungkinan tersebut boleh berlaku.

“Soal menggunakan Mykad individu tertentu membeli petrol di stesen minyak di kawasan sempadan tidak menjadi kesalahan, namun ia mendorong kepada penyeludupan.

“Bagaimanapun, kouta 300 liter sebulan itu tetap terpakai. Walaupun harga RM2.60 bukan harga subsidi, minyak tetap dikategorikan sebagai barangan kawalan.

“Tindakan menyeludup petrol ke Thailand tetap salah dan boleh diambil tindakan,” lapor Utusan di Kelantan pada Isnin.

Azman berkata, walaupun petrol tanpa subsidi dijual pada harga RM2.60, penyeludup tetap memperoleh untung bersih sekitar RM90 bagi satu tong 30 liter.

Katanya, hal ini kerana petrol RON95 di Thailand masih dijual pada harga RM5.30 seliter.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat