KUALA LUMPUR- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman hari ini.
Kenderaan yang membawa Hajiji memasuki Istana Seri Kinabalu sekitar jam 8.51 pagi.
Difahamkan pertemuan itu dijangka bagi mendapat persetujuan untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16, lapor BH di Kota Kinabalu pada Isnin.
DUN Sabah akan terbubar secara automatik pada 11 November ini, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Negeri.
Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya berkata demikian dalam sidang media di DUN Sabah pada Ogos lalu.



