Buatlah parti arak sampai berbuih mulut pun Umno tak halang, salahnya guna agensi kerajaan – Akmal

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh tampil menyekolahkan pimpinan DAP berkait isu hidangan arak dalam majlis rasmi kerajaan.

Akmal menegaskan, Umno tidak menghalang parti mabuk namun adalah tidak wajar memanfaatkan agensi kerajaan dalam acara seumpama itu.

“Antara spesis bebal yang masih lagi tidak tahu atau buat-buat tidak faham undang-undang dan sensitiviti rakyat Malaysia

“Kamu nak buat parti mabuk sampai berbuih mulut ke itu kamu punya pasal,kami langsung tidak halang,tapi jangan guna agensi kerajaan!

“Bila orang tegur,marah. Tapi diri sendiri yang bebal,” tempelak Akmal.

Beliau berkata demikian merujuk kenyataam bekas
Speaker Dewan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim secara sinis mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu hidangan arak dalam majlis rasmi kerajaan.

Dalam satu hantaran di media sosial, bekas wakil rakyat DAP itu menyindir situasi tersebut sebagai sesuatu yang hanya boleh berlaku di Malaysia.

“Bisa (boleh) berlaku di Malaysia sahaja, yang minum tak mabuk, yang tak minum mabuk,” tulisnya di Facebook beliau.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada penjelasan Zahid mengenai majlis rasmi kerajaan yang didakwa menghidangkan minuman beralkohol yang mencetuskan pelbagai reaksi termasuk daripada pembangkang dan masyarakat sivil.

Zahid berkata, Umno menolak sekeras-kerasnya tindakan menghidangkan minuman beralkohol pada majlis makan malam anjuran Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) yang dianggap tidak wajar serta bercanggah dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat