157 projek sakit libatkan 18 kementerian

KUALA LUMPUR – Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025 mendedahkan 157 projek kerajaan dikenal pasti lewat jadual (projek sakit) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) membabitkan 18 kementerian setakat 31 Disember 2024.

Laporan itu turut mendedahkan bahawa empat projek sakit mencatat kelewatan fizikal melebihi 20 peratus dan sudah menerima antara dua hingga 10 Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa (EOT) dengan tempoh lanjutan sehingga 785 hari.

Prestasi perbelanjaan projek itu bagi tempoh 2021 hingga 2024 adalah sebanyak RM315.932 bilion melebihi peruntukan yang diluluskan sebanyak RM307.908 bilion bagi tempoh yang sama.

Jumlah itu juga mencecah 76.1 peratus daripada jumlah siling peruntukan sebanyak RM415.0 bilion bagi tempoh RMK12 selepas Kajian Separuh Penggal RMK12.

Kementerian Pendidikan (KPM) merekodkan bilangan tertinggi projek lewat jadual di bawah RMK12 sebanyak 46 projek, diikuti Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak 34 projek, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (12 projek) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan 11 projek.

Justeru itu, bagi memastikan pelaksanaan projek RMK12 dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan (2025 tahun terakhir RMK12), setiap kementerian atau jabatan hendaklah mengambil tindakan penyelesaian segera terhadap projek lewat jadual di bawah RMK12 bagi memastikan projek yang dirancang dapat disiapkan sepenuhnya menjelang akhir 2025.

Secara keseluruhan, sebanyak 8,755 projek pembangunan dilaksanakan di bawah Rancangan Pelaksanaan Keempat (RP4) RMK12.

Daripada jumlah itu, 3,829 projek (43.7 peratus) berada pada peringkat pelaksanaan, 2,400 projek (27.4 peratus) di peringkat pra pelaksanaan, manakala 2,355 projek (26.9 peratus) sudah di peringkat pasca pelaksanaan.

Selain itu, 171 projek (dua peratus) pula terdiri daripada 109 projek berstatus batal dan 62 projek berstatus simpan dalam perhatian.

Bagi projek yang sedang dalam pelaksanaan, 2,597 projek (67.8 peratus) dilaporkan berjalan mengikut jadual, 719 projek (18.8 peratus) mendahului jadual, 157 projek (4.1 peratus) lewat jadual (sakit), 114 projek (tiga peratus) lewat jadual dan 242 projek (6.3 peratus) dilaporkan tiada kemajuan.

Prestasi perbelanjaan projek bagi tempoh 2021 hingga 2024 adalah sebanyak RM315.932 bilion melebihi peruntukan yang diluluskan sebanyak RM307.908 bilion bagi tempoh yang sama.

Jumlah itu telah mencecah 76.1 peratus daripada jumlah siling peruntukan sebanyak RM415.0 bilion bagi tempoh RMK12 selepas Kajian Separuh Penggal RMK12.

Justeru itu, bagi memastikan pelaksanaan projek RMK12 dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan (2025 tahun terakhir RMK12), setiap Kementerian atau jabatan hendaklah mengambil tindakan penyelesaian segera terhadap projek lewat jadual (sakit) di bawah RMK12 bagi memastikan projek yang dirancang dapat disiapkan sepenuhnya menjelang akhir 2025.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat