Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata penyingkiran subsidi seperti bahan api akan membantu Malaysia mengurangkan defisit bajet dan mengelakkan rakyat dikenakan “banyak cukai”, manakala pemindahan wang tunai akan membantu isi rumah menguruskan kadar inflasi.
Sekiranya berjaya dilaksanakan, program subsidi bersasar akan menjimatkan kewangam negara sekurang-kurangnya RM4.68 juta setahun, seterusnya mengukuhkan kedudukan kewangan. Pada skala yang lebih besar, ini juga akan mengelakkan cukai yang akan menjejaskan rakyat di masa hadapan, Rafizi berkata kepada Bloomberg.
Walaupun diganggu untuk beberapa masa, kerajaan melihat penghapusan struktur subsidi bahan api semasa sebagai komponen utama dalam usaha konsolidasi kewangan.
“Kita perlu mampu memenuhi matlamat defisit bajet 5 peratus (daripada produk domestik, GDP) yang telah ditetapkan untuk 2023. Rancangan itu ialah untuk mengurangkan lagi kepada 4.6 peratus. Dengan rasionalisasi subsidi berjalan sepenuhnya pada tahun 2024, harapannya kita akan dapat mengkonsolidasinya lebih jauh pada tahun 2025 untuk memenuhi matlamat 3.5 peratus kita,” kata Rafizi.
Mengenai usaha untuk mengurangkan inflasi yang meningkat, Rafizi menjelaskan bahawa kerajaan akan mempertimbangkan satu bentuk pemindahan wang kepada keluarga yang layak.
“Sekurang-kurangnya 80 peratus isi rumah akan mendapat manfaat, dalam satu cara atau yang lain, daripada pelbagai jenis pemindahan wang tunai apabila kita bergerak ke arah subsidi yang disasarkan. Jelas, langkah itu akan mempunyai beberapa kesan inflasi,” katanya lebih terperinci.
Untuk menentukan pemindahan tunai dan penerima subsidi bahan api yang disasarkan, kerajaan akan bergantung kepada data daripada PADU (Pangkalan Data Utiliti Kebangsaan), sebuah pangkalan data bersepadu yang membolehkan perkongsian maklumat antara agensi-agensi kerajaan, seperti LHDN dan JPJ.
Sekiranya segala-galanya berjalan seperti yang direncanakan, kerajaan boleh melaksanakan subsidi bahan api yang ditargetkan pada awal Q2 2024, dengan pemindahan wang tunai selepas itu.