KUALA LUMPUR, 6 Oktober 2023 – Mendapat tempat di dalam hati rakyat Malaysia, HONOR 90 Lite merupakan salah satu daripada model peranti yang ditawarkan di dalam Pakej 5G RAHMAH. Pakej 5G RAHMAH merupakan salah satu insiatif Kerajaan Malaysia dalam memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati data dan peranti 5G pada harga yang mampu milik. HONOR 90 Lite bukan sahaja menjadi telefon pintar 5G yang paling diminati pengguna malah ia telah mendapat pengiktirafan rasmi daripada Kementerian Komunikasi dan Digital apabila dipilih sebagai salah sebuah model peranti di dalam Pakej 5G RAHMAH.
Dalam usaha meluaskan penggunaan 5G di kalangan rakyat Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Digital bersama-sama dengan beberapa syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat telah memperkenalkan Pakej 5G RAHMAH. Inisiatif ini bertujuan untuk merapatkan jurang digital diantara pengguna untuk memiliki pelan 5G dalam menuju perhubungan era baharu.
Sebagai jenama elektronik pengguna yang pantas berkembang di Malaysia, HONOR konsisten menawan hati pengguna dengan teknologinya yang inovatif dan kesungguhan yang tidak berbelah bahagi dalam mengekalkan kualitinya. Komitmen yang ditunjukkan jenama ini membolehkannya mendapat tempat dalam projek Pakej 5G RAHMAH.
HONOR 90 Lite mencatat pencapaian yang membanggakan sebagai salah satu peranti yang ditawarkan dalam Pakej 5G RAHMAH apabila berjaya menawan hati ramai pengguna untuk melanggan pakej ini dalam tempoh masa kurang daripada sebulan ia dilancarkan. Bukan itu sahaja, sewaktu Emerging Industries Exchange Conference pada 21 September 2023 lalu yang bertempat di Mandarian Oriental, Kuala Lumpur, HONOR berpeluang untuk menyampaikan foamboard Pakej 5G RAHMAH sebagai tanda penghargaan kepada Kementerian Komunikasi dan Digital kerana memilih Honor 90 Lite sebagai salah sebuah model peranti 5G yang ditawarkan di dalam Pakej 5G RAHMAH.
Majlis telah disempurnakan oleh CEO HONOR Malaysia, Li Jing, yang berbesar hati menyampaikan foamboard penghargaan tersebut kepada Encik Kamarudin Abdul Rani, Setiausaha Bahagian Kawalan dan Pematuhan, Kementerian Komunikasi dan Digital. Acara bersejarah membuktikan komitmen dan kerjasama strategik oleh Honor terhadap inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia.
CEO HONOR Malaysia Li Jing (kiri) menyampaikan foamboard penghargaan kepada wakil Kementerian Komunikasi dan Digital di Emerging Industries Exchange Conference
Susulan penghargaan berprestij ini, HONOR kekal dengan komitmennya yang tidak berbelah bahagi dengan mengambil pendekatan mesra pengguna. Jenama ini komited untuk membawakan peranti yang boleh dipercayai dan tercanggih pada harga yang tiada tandingan, memastikan pengguna seluruh dunia dapat menikmati manfaat teknologi terkini tanpa menjejaskan kualiti.
Berita terkini tentang HONOR 90 Lite yang diminati ramai dan segalanya tentang HONOR, sila layari : https://www.hihonor.com/my/