PM: Pelan Induk Taman MRANTI Tingkatkan Prestasi Inovasi Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan Pelan Induk Taman MRANTI.

Taman MRANTI merupakan hab inovasi terunggul di Malaysia yang akan memberi tumpuan kepada tiga teras pembangunan iaitu Inovasi, Kemampanan Alam Sekitar dan Budaya Urban (atau Setempat).

Terletak kira-kira 15 kilometer dari Bandar Malaysia, sebuah hab perniagaan global dan pemangkin transformasi Greater KL, Taman MRANTI berperanan menyelaras keluaran R&D ke pasaran menerusi ekosistem bersepadu yang memusatkan semua aktiviti teknologi dan inovasi secara setempat.

Taman MRANTI ini juga menyaksikan kerjasama dengan lima buah koridor ekonomi (NCER, ECER, SDC, Iskandar Malaysia, SCORE) dalam mempromosi dan mengguna pakai keluaran teknologi R&D serta pengkomersialan.

Menurut Dato’ Sri Ismail Sabri, “Pelan Induk baharu Taman MRANTI, akan memupuk keupayaan Malaysia dalam Revolusi Industri 4.0 dan juga teknologi terkini daripada sistem Internet Pelbagai Benda (IoT), perkhidmatan Protokol Internet (IP) dan makmal kepada kemudahan pembuatan kontrak dengan teknologi canggih”.

Tambahnya, Taman MRANTI telah menarik minat banyak syarikat teknologi, termasuk Intervenn Biosciences, Dedikasi Aba Biosciences, BoomGrow, Spygene Laboratories, Vivantis Technologies dan Reszon.

Beberapa buah syarikat teknologi antarabangsa juga telah menunjukkan minat untuk bertapak di hab inovasi berkenaan.

Taman MRANTI juga direka untuk menarik golongan profesional muda, serta mewujudkan laluan yang stabil bagi bakat berkemahiran tinggi.

Ia juga dijangka dapat mencipta lebih 8,000 peluang pekerjaan baharu, dan ini adalah berita baik untuk Keluarga Malaysia.

Sementara itu menurut Menteri Taknologi Sains, Teknologi & Inovas, Dato’ Sri Dr. Adham Baba, “Ketika ini, sebahagian daripada Pelan Induk ini sedang giat dilaksanakan di Taman MRANTI termasuk MakersLab, Pusat Kecemerlangan untuk teknologi dron, Living Lab untuk kenderaan autonomi dan teknologi pertanian, infrastruktur dan perkhidmatan 5G, serta banyak lagi”.

Perdana Menteri pada majlis sama turut melancarkan penjenamaan semula MIMOS Berhad kepada MIMOS Global.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,481FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat