Jika sempat PM akan persembah tarikh bubar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Cadangan tarikh pembubaran Parlimen bukan agenda utama
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Hj Ahmad Shah petang ini.

Beliau malah memberitahu fokus utama ke Istana Negara ialah berkaitan perihal urusan Kabinet.

Namun beliau tidak menolak kemungkinan jika berkesempatan untuk mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Agong.

“Agenda menghadap Agong hari ini fokus kepada perihal Kabinet.

“Mungkin ‘agenda tambahan’ kalau ada masa,” ujarnya.

Tiupan spekulasi pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat ini bertiup kencang.

Namun, semua masih berteka-teki kerana itu kuasa Perdana Menteri.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat