UMNO Belum Putuskan, Tanding Solo Atau Kerjasama Dengan Parti Lain – Mohamad Hasan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO masih belum lagi membuat sebarang ketetapan berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sama ada menjalin kerjasama dengan mana-mana parti atau bertanding solo,” kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamad yang juga Pengarah Pilihan Raya UMNO berkata, buat masa ini lebih penting bagi parti itu melakukan persiapan untuk berdepan sebarang kemungkinan pada pilihan raya berkenaan.

“Jangan kita harapkan bantuan luar untuk kita menang. Mesti bina kekuatan dalaman sendiri,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera UMNO Melaka di Alor Gajah malam tadi, lapor Bernama.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ditanya mengenai kesediaan Perikatan Nasional (PN) Melaka untuk berunding dengan UMNO bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru, Mohamad berkata, ia terpulang kepada UMNO Melaka.

“Itu terpulang kepada UMNO Melaka dan (UMNO) Melaka akan cadang kepada (UMNO) pusat sebab (UMNO) Melaka tak boleh buat keputusan sendiri. Mesti dapat kelulusan, mesti dapat ‘sanction’ (kebenaran) daripada (UMNO) pusat. Kalau (UMNO) pusat kata ‘okay’ maka bolehlah (untuk bekerjasama dengan PN Melaka),” katanya.

Menurutnya, jentera parti di peringkat pusat daerah mengundi (PDM) telah diarah untuk mengadakan gerak kerja mulai hari ini bagi berdepan pilihan raya itu,.

Dalam perkembangan sama, Mohamad berkata, keahlian ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dan ADUN Pantai Kundur Noor Azman Hassan terlucut dengan sendirinya selepas berada sepentas bersama pembangkang.

Katanya, perkara itu termaktub dalam pindaan perlembagaan parti yang dibuat pada Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu.

Manakala Ahmad pula berkata, surat pemakluman mengenai pengguguran keahlian akan diserahkan kepada Idris dan Noor Azman dalam masa terdekat.

Ab Rauf yang juga Speaker DUN Melaka mengumumkan Yang Dipertua Negeri Melaka Mohd Ali Rustam bersetuju untuk membubarkan DUN Melaka pada 4 Okt.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat