‘Harap Timbalan Agong isytihar Proklamasi Darurat di Melaka’ – Pemuda UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO berharap Pemangku Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mengisyitiharkan Proklamasi Darurat di seluruh negeri Melaka agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dapat ditangguhkan sehingga Febuari 2022.

Tegas Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraff Wajdi Dusuki,  ini bagi membolehkan usaha-usaha mengawal pandemik Covid-19 dapat difokuskan dan kebajikan rakyat yang terkesan teruk dapat ditangani terlebih dahulu.

Jelas beliau lagi, langkah sedemikian serupa sebagaimana pengisytiharan darurat yang dilaksanakan di Sarawak bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) digantung dalam tempoh berkenaan sehingga 2 Februari tahun depan.

“Mengharapkan agar DYMM Timbalan Yang di-Pertuan Agong selaku Pemangku Yang di-Pertuan Agong berkenan mengisytiharkan Proklamasi Darurat di seluruh Negeri Melaka sebagaimana yang diperkenankan ke atas negeri Sarawak, sekali gus menggantung Pilihan Raya Negeri (PRN) daripada diadakan dalam tempoh berkenaan sehingga 2 Februari tahun depan.

“Ini bagi membolehkan usaha-usaha mengawal pandemik Covid-19 dapat difokuskan dan kebajikan rakyat yang terkesan teruk dapat ditangani terlebih dahulu.” katanya melalui Facebooknya.

Terdahulu semalam, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, mengambil langkah membubarkan DUN pada 5 Oktober, dalam usaha menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

Pembubaran DUN Melaka itu dibuat selepas Sulaiman hilang majoriti sokongan, susulan tindakan empat ADUN daripada blok kerajaan, menarik sokongan terhadap kepemimpinannya.

Keputusan pembubaran DUN itu dibuat selepas cadangan yang dikemukakan oleh Sulaiman mendapat kelulusan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat