90 Individu Kontak Rapat Menteri Agama Negatif Covid – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan seramai 90 individu kontak rapat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menjalani saringan Covid-19 adalah negatif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kontak itu turut melibatkan semua ahli mesyuarat yang hadir pada mesyuarat mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara.

“Mereka semua didapati negatif termasuk yang hadir mesyuarat pada 3 Oktober lalu,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Noor Hisham memberitahu, pejabat kesihatan daerah kini dalam proses mengenal pasti kontak rapat dan menjalankan penilaian risiko serta saringan

“Pejabat kesihatan daerah akan terus menjalankan proses mengenal pasti kontak lain,” katanya.

Semalam, Zulkifli dilapor disahkan positif Covid-19 dan dirawat di sebuah hospital di Seremban.

Menerusi laman Facebooknya, beliau menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang membabitkan kehadirannya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 di klinik kesihatan dengan segera. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat