Viral Video Kereta Lawan Arus, Pemandunya Telah Ditahan Polis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Lelaki yang membawa kereta melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan di Jalan Klang Lama, seperti dalam video yang tular kelmarin, telah ditahan polis.

Suspek berusia 35 tahun itu ditahan apabila dia hadir di Balai Polis Jalan Bandar tengahari semalam, kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya.

“Selepas menerima laporan mengenai kejadian tersebut yang tular di media sosial, polis telah memanggil kedua-dua pemandu berkenaan ke balai polis untuk membuat laporan”.

“Kedua-dua individu ini hadir di Balai Polis Jalan Bandar untuk membuat laporan”, kata beliau ketika dihubungi malam tadi.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati, air kencing pemandu Volvo berkenaan, positif dadah.

Kes sedang disiasat dibawah Seksyen 42(1}, Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk pemanduan merbahaya, dan juga siasatan dibawah Akta Dadah Merbahaya kerana penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata, permohonan akan dibuat esok (hari ini) untuk menahan reman pemandu tersebut bagi siasatan lanjut.

“Kes ini akan dirujuk ke pejabat Pendakwaraya secepat mungkin”, kata beliau lagi – sumber Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat