Surat ROS 19 Julai Sebut Tiada Halangan Tangguh Pemilihan UMNO – Ahmad Maslan

- Advertisement -

PETALING JAYA – UMNO telah merujuk keputusan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) kepada peguam parti dan kemudian menyatakan tiada sebarang kekhilafan dibuat mereka.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sehubungan itu UMNO akan memberikan surat jawapan kepada Ketua Pengarah RoS pada Isnin ini.

Menurut beliau, Surat RoS bertarikh 19 Julai lalu telah menyebut tiada halangan tentang penangguhan pemilihan mengikut Perlembagaan UMNO Perkara 10.16.

“Malah surat Setiausaha UMNO dihantar kemudian kepada Ketua Pengarah RoS tentang minit mesyuarat Majlis Tertinggi pada 7 Julai yang mengabsahkan keputusan resolusi edaran pekeliling 18 Jun,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, RoS memaklumkan keputusan UMNO menangguhkan pemilihan MT, Bahagian dan Cawangan selama 18 bulan adalah tidak sah kerana berpandangan, ketetapan itu adalah kerana tempoh pemegang jawatan MT bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun lalu.

Pada 29 Jun lalu, UMNO menangguhkan pemilihannya di semua peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi (MT) selama 18 bulan bermula 30 Jun lalu setelah menemui menemui dan menulis surat kepada Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan serta Ketua Pengarah ROS. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat