Tidak Peduli Teguran, Syed Saddiq Kembali Makan Di Dewan Rakyat

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi dilihat menjamu selera dalam Dewan Rakyat, hari ini.

Pernah ditegur bulan lalu, Syed Saddiq kali ini bukan sahaja menjamu selera dalam Dewan Rakyat malah turut memuat naik fotonya di media sosial.

“Bekal saya di Parlimen hari ini. Kalau wakil rakyat lain hendak berkongsi, lepas ini saya bawa lebih sedikit.

“Selepas ini kalau ada makan-makan di Parlimen, ajaklah saya,” katanya di Instagram.

Sebelum ini, Syed Saddiq dikritik kerana menjamu selera dalam Dewan Rakyat kerana dianggap tidak sesuai.

Dalam perkembangan lain, hari ini Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan permohonan maaf kerana terlanjur menghisap vape ketika persidangan Dewan Rakyat.

Klip video berdurasi 0:09 saat memaparkan rakaman beliau menghisap vape turut tersebar di media sosial.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat