Semua orang tahu PRN Johor tak ubah Kerajaan Pusat, apa yang merunsingkan sangat ni Datuk Seri? – Fadhli

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan kegusaran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang umum maklum tidak akan mengubah kerajaan di Persekutuan.

Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mendakwa Anwar sangat runsing dengan PRN Johor sehingga mengaitkan pilihan raya negeri itu diadakan semata-mata untuk membebaskan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“PMX berkali-kali menyatakan bahawa PRN Johor tidak boleh dijadikan modal untuk kempen pilihan raya umum.

“Walhal semua orang tahu PRN ini hanya untuk negeri Johor dan ia tidak mengubah kerajaan pusat. Apa yang merunsingkan sangat ni Datuk Seri?

“Dulu tahun 2018, Pakatan Harapan (PH) sendiri jadikan pembebasan Datuk Seri sebagai agenda kempen PRU2018, siap dimasukkan dalam Deklarasi Mahathir lagi,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat