KUALA LUMPUR – Jika Umno menang besar dan jadi Menteri Besar Johor semula pun ia tidak boleh bebaskan Datuk Seri Najib Razak.
Justeru, penyokong kuat Najib yang juga bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Isham Jalil menegaskan, yang boleh bebaskan Najib adalah Kerajaan Persekutuan di bawah kuasa dan nasihat Perdana Menteri.
“Ini hujah bodoh (Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan semata-mata kerana ada pihak yang mahu kembali berkuasa demi membebaskan bekas Najib). Sebaliknya, yang boleh bebaskan Najib adalah Kerajaan Persekutuan di bawah kuasa dan nasihat Perdana Menteri.
“Anwar sendiri kata menang atau kalah di Johor dia tetap Perdana Menteri. Jika Umno menang besar dan jadi MB Johor semula pun ia tidak boleh bebaskan Najib.
“Saya nampak bila Anwar bawa hujah sebodoh ini nampak jelas dia sudah terdesak dan terpaksa tunggang nama Najib lagi untuk meraih undi,” tempelak Isham.
Anwar sebelum itu juga menegaskan PRN Johor sebenarnya tidak perlu diadakan ketika ini, Perdana Menteri berkata tindakan itu dicetuskan oleh pihak yang merasakan kedudukan mereka sudah cukup kuat untuk menguasai semula tampuk pemerintahan negara.


