Orang Ramai Tumpu Kedai Buku Dan Alat Tulis, Komputer

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kedai buku, alat tulis dan komputer didapati menjadi tumpuan orang ramai selepas kembali beroperasi susulan peralihan Kelantan ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN), bermula hari ini.

Tinjauan BH mendapati premis terbabit dikunjungi pelanggan sebaik saja dibuka, terutama untuk membeli kelengkapan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Pemilik sebuah kedai komputer, Noor Fazzle Mohd Zawawi, 36, berkata pelanggan sudah beratur panjang di hadapan premisnya dari seawal jam 9 pagi untuk membeli kelengkapan seperti komputer riba, mesin pencetak dan dakwat mesin pencetak.

“Ada pelanggan yang membuat tempahan lebih awal kerana tidak mahu bersesak dengan orang ramai.

“Ketika kedai terpaksa ditutup sementara pada awal Jun lalu, saya menerima banyak permintaan pelanggan yang mahu membeli kelengkapan untuk keperluan anak mengikuti PdPR,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Suri rumah, Salmiah Ismail, 45, mengaku lega dengan pembukaan semula kedai buku kerana perlu membeli bahan pembelajaran untuk anak.

“Sebelum ini, telefon pintar digunakan untuk PdPR mengalami kerosakan tetapi kedai tutup, menyebabkan anak terpaksa bergilir menggunakan telefon saya,” katanya.

– New Strait Times

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat