NO ANWAR NO DAP NO PPBM

- Advertisement -

Oleh : Datuk Adnan Seman

Ketika ini isu penting yg perlu diperhalusi dan ditentukan dengan bijaksana mengambil kira semua aspek dan pandangan adalah ttg “timeline” atau tempoh masa untuk UMNO menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Meneliti Usul yg diluluskan di Perhimpunan Agung UMNO 2020 pada 28 Mac 2021 menyatakan, antara lain:

1. MENERIMA dan MEMPERTAHANKAN keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pd 19.2.2021 yg membuat ketetapan TIADA KERJASAMA DGN PPBM dlm PRU15 dan kebersamaan dlm Kerajaan PN diteruskan sehingga pembubaran Parlimen;

2. BERSETUJU dgn gesaan akar umbi dan kepimpinan agar PRU15 diadakan SEGERA bagi mewujudkan sebuah kerajaan yg stabil untuk menjamin kemakmuran negara kembali di landasan dan kehidupan rakyat disejahterakan;

Ada lagi 3 perkara yg diluluskan iaitu Menyokong Ucapan dasar Presiden berkaitan mempertahankan asas dan tujuan parti, Menggunakan jenama BN pada PRU15 dan Mempertahankan Muafakat Nasional berasaskan Piagam 14.9.2019.

Selain itu Perhimpunan Agung UMNO juga menolak sebarang kerjasama dengan Anwar (PKR) dan DAP utk membentuk kerajaan yg ketetapan ini diabsahkan oleh MKT pada 25.4.2021.

Sebelum saya menyentuh ttg “timeline” izinkan saya menjawab persoalan samada MKT berhak dan boleh mengubah kelulusan Usul di dalam Perhimpunan Agung?

Sebelum kita menjawab persoalan di atas ada baiknya kita membaca peruntukkan2 di dalam Perlembagaan UMNO yg berkaitan:

Fasal 8.1 – Perhimpunan Agung adalah KUASA TERTINGGI parti dan perjalanan parti adalah berasaskan kpd kuasa dan perintahnya tertakluk kpd Perlembagaan dan juga Peraturan UMNO.

Fasal 9.1 – Majlis Tertinggi adalah menjadi badan yg menjalankan pentadbiran hal-ehwal UMNO di bawah kekuasaan dan perintah Perhimpunan Agung dan Majlis Tertinggi adalah berkuasa menjalankan sebarang langkah bagi pihak Perhimpunan Agung pd masa ketiadaannya tetapi segala langkahnya itu hendaklah dimaklumkan kpd Perhimpunan Agung.

Fasal 32 – Jika berbangkit sebarang perselisihan di atas tafsiran Perlembagaan ini atau Peraturan Persidangan Perhimpunan Agung UMNO yg dibuat di bawah kuatkuasanya maka tafsiran yg diberikan oleh Majlis Tertinggi adalah Muktamad.

Berdasarkan peruntukkan2 Perlembagaan UMNO, saya berpandangan MKT tidak berhak dan tidak sewajarnya mengubah ketetapan yg telah diputuskan oleh Perhimpunan Agung UMNO sebagai KUASA TERTINGGI parti.

Kebenaran di Fasal 9.1 HANYA memberikan hak kepada MKT utk mengambil sebarang langkah bg pihak Perhimpunan Agung pd masa ketiadaannya bermaksud berkuasa penuh terhadap perkara2 yg tidak diputuskan di Perhimpunan Agung dgn syarat ianya hendaklah dimaklumkan kpd Perhimpunan Agung.

Fasal 32 pula hanyalah terpakai jika ada perselisihan dari segi tafsiran. Adakah kita ingin menafsirkan walaupun usul dan ketetapan yg sudah diluluskan dan diputuskan oleh para perwakilan dari seluruh negara di Perhimpunan Agung UMNO masih boleh dibatalkan dan diubah oleh MKT?

Jika MKT memutuskan sedemikian maka sebagai ahli parti saya akur dan jelaslah pada akhirnya ketetapan Perhimpunan Agung bukanlah muktamad sebaliknya MKT adalah KUASA TERTINGGI parti dan bukannya Perhimpunan Agung.

Adakah ini niat dan maksud yg dimaksudkan dengan penggubalan Perlembagaan UMNO ini? Jika begitu tidak perlulah Perhimpunan Agung membuat apa2 Usul, membahaskan dan meluluskan usul kerana ianya boleh diubah oleh MKT. Adakah mandat dan ketetapan para perwakilan yg mewakili suara akar umbi dan parti tidak wajar dihormati oleh MKT?

Sebelum ini pun ketetapan yg dibuat di Perhimpunan Agung 2019 yg menetapkan UMNO tidak akan sesekali berkompromi utk bekerjasama dgn mana2 pihak bg menubuhkan Kerajaan drpd pintu belakang dan menyerahkan mandat kpd rakyat untuk memilih kerajaan baharu juga telah dilanggar dan diubah. Bagi saya ini tidak wajar berlaku. Ketetapan Perhimpunan Agung perlu dihormati.

Kita boleh berdebat akan kesan negatif atau positif keberadaan kita di dalam Kerajaan PN ini yg ditubuhkan dengan pengubahan ketetapan Perhimpunan Agung oleh MKT pada 11.3.2020 namun ianya tidak dpt mengubah apa2 lagi. Parti kita kini dilihat oleh rakyat berpecah. Ada yg kata parti kita lebih kuat berbanding semasa menjadi pembangkang selama 22 bulan dan ada yg berpandangan sebaliknya.

Kini kita berada di persimpangan dan satu keputusan penting hendak dibuat oleh MKT berdasarkan kenyataan demi kenyataan bahawa ketetapan Perhimpunan Agung memberikan mandat kpd Presiden dan MKT untuk menetapkan tempoh masa menarik diri dari kerajaan PN.

Perhimpunan Agung menetapkan “NO PKR”, “NO DAP” dan “NO PPBM” dan PRU15 segera dgn kita bertanding atas tiket BN.

Berbalik kpd isu “timeline” atau tempoh masa utk UMNO tarik sokongan ternyata tiada ketetapan dibuat semasa Perhimpunan Agung ttg perkara ini.

Berdasarkan ketetapan Perhimpunan Agung, tidak juga dinyatakan bila sepatutnya penarikan sokongan kpd Perdana Menteri (PM) bagi menyebabkan Pembubaran Parlimen berlaku sebaliknya ketetapan ADALAH agar PRU15 diadakan segera.

Maka kini ianya adalah kuasa dan kebijaksanaan MKT dan ahli2 Parlimen UMNO/BN bagi menentukan bilakah masa yg paling sesuai bagi mencapai hasrat ketetapan Perhimpunan Agung itu.

Adakah dengan penarikan sokongan ahli2 Parlimen BN kepada PM dan kerajaan PN akan mengakibatkan Parlimen dibubarkan dan PRU15 diadakan? Atau ianya akan mengakibatkan kerajaan baru dibentuk dan ianya sekali lagi melanggar ketetapan Perhimpunan Agung? Ketika ini Ordinan Darurat masih berkuatkuasa . Bolehkah PRU15 diadakan dalam bulan Ogos atau September ketika rakyat masih berdepan dengan Covid19 dan keadaan ekonomi yg teruk? Adakah seorang pemimpin UMNO/BN mampu diangkat menjadi PM tanpa melalui PRU15?

Inilah antara persoalan2 yg mesti dibincangkan dan diteliti sebelum keputusan penetapan tarikh penarikan sokongan dibuat.

Bukankah PRU15 wajar dilaksanakan setelah kita mencapai Imuniti Kelompok (jangkaan selewat2nya pada penghujung tahun ini berdasarkan kecepatan Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan)? Ketika itu BN bertanding dengan siapa shj parti lawan dan kita tampilkan calon2 berwibawa dengan akujanji yg akan membawa semula negara ke landasan politik dan ekonomi yg stabil dan kukuh. Rakyat memerhati dan sudah pasti bijak menilai setelah kemelut yg berpanjangan selepas PRU14 lalu.

Saya amat berharap agar MKT dan ahli2 Parlimen UMNO/BN menghormati ketetapan Perhimpunan Agung di dalam membuat keputusan menetapkan masa yg paling sesuai untuk menarik sokongan kepada PM dan kerajaan PN bagi memastikan pada akhirnya UMNO mengambil keputusan penting untuk Rakyat dan bukannya atas kepentingan mana2 pemimpin bagi menyerahkan semula mandat kepada rakyat dgn diadakan PRU15.

Beliau adalah Timbalan Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,560FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat