Ahli Parlimen PN Persoal Usul Bahas Laporan Audit Di Dewan Rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pembangkang hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan membawa usul supaya dibahaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 di Dewan Rakyat, dengan menyifatkan keputusan itu bercanggah dengan Perkara 107 Fasal 1 Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata peruntukan Perlembagaan itu menetapkan LKAN perlu dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum dibentang di Dewan Rakyat.

“Parlimen Malaysia ini sejak persidangan pertama, tidak pernah mengikut kajian kami, laporan LKAN ini dibahaskan. Apa yang boleh ialah apabila ada teguran-teguran Ketua Audit Negara dalam laporan mereka itu, kita di Parlimen ini, ada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“Merekalah (PAC) yang bertanggungjawab, melihat, meneliti, memanggil segala saksi termasuk menteri untuk beri keterangan. Dia seolah-olah ‘mahkamah Parlimen’ kita panggil. Keterangan dia (PAC), sehinggakan dia boleh keluarkan waran tangkap kepada orang yang diarah hadir, tapi tak hadir. Itulah kuasa PAC.

“Kita beranggapan laporan PAC itulah yang penting, perlu dibahaskan di dalam dewan. Tak kira PAC ini dipengerusikan oleh Ahli Parlimen pembangkang. Masa kami jadi kerajaan dulu, (Ahli Parlimen) Ipoh Timur (dari pembangkang) pengerusinya,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Susulan bantahan pembangkang itu, semua Ahli Parlimen pembangkang tidak mengambil bahagian sepanjang sesi perbahasan usul berkenaan, hanya 13 Ahli Parlimen berbahas, kesemua dari blok kerajaan.

Mengulas lanjut, Takiyuddin mendakwa, langkah kerajaan mengemuka usul berkenaan di Dewan Rakyat bertujuan ‘menghalang’ usul pembangkang dinaikkan untuk dibentang ke pengetahuan dewan.

“Itulah kita tak nampak rasional kenapa kerajaan sebelum ini tidak pernah membentangkan untuk dibahaskan (LKAN), hanya letak atas meja… berkemungkinan kami membayangkan kerana tak ada Rang Undang-Undang (RUU) yang dibentangkan.

“Jadi bila sudah tiada (usul kerajaan lain), tak akan (kerajaan) mahu tangguhkan (persidangan) dewan jam 1 tengahari? Kita (pembangkang) ada satu RUU persendirian. Kita mengesahkan mungkin begitu (untuk halang usul pembangkang dinaikkan). Kita ada satu RUU persendirian di bawah ‘standing order’ 49, tetapi sehingga hari ini tidak disahkan ia akan diangkat,” katanya.

Beliau berkata, pembangkang tidak pernah menolak LKAN dibentangkan di Dewan Rakyat, malah menyokong dan menghormati laporan berkenaan yang dibuat secara telus, termasuk syor tindakan dan penambahbaikan yang turut dimuatkan dalam laporan itu.

Terdahulu pagi tadi, persidangan Dewan Rakyat kecoh selepas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul setuju supaya LKAN 2021 dibahaskan oleh Ahli Parlimen. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat