Agong Zahir Ucapan Tahniah Kepada Kamala Sempena Ulang Tahun Ke-100

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan tahniah dan selamat kepada Kamala Das sempena ulang tahun kelahirannya ke-100 semalam.

Menurut catatan di Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa sukacita buat Kamala kerana dikurniakan kesihatan baik dan umur panjang untuk meraikan hari istimewa buatnya bersama keluarga tersayang, yang juga jatuh pada Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka.

Dilahirkan pada 5 Jun 1923 di Tapah, Perak, Kamala ialah ibu kepada bekas wartawan sukan Datuk George Das.

“Seri Paduka Baginda turut mengambil kesempatan ini menzahirkan ucapan tahniah dan ucap selamat kepada rakyat Malaysia yang juga menyambut ulang tahun kelahiran mereka yang ke-100 pada tahun ini.

“Seri Paduka Baginda mendoakan agar mereka semua dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan serta sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT,” menurut catatan itu.

Seri Paduka turut menasihati rakyat untuk menghormati datuk, nenek, ibu bapa dan menghargai jasa serta pengorbanan mereka yang telah mengasuh, membimbing dan mendidik.

“Berbuat baiklah dan berbaktilah kepada mereka dengan tulus ikhlas dan dengan penuh kasih sayang,” menurut catatan itu. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat