PUTRAJAYA – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menasihati orang ramai untuk tidak cemas dan risau sekiranya pesawat tentera terbang rendah di beberapa ruang udara Lembah Klang dan Putrajaya.
TUDM dalam kenyataan hari ini berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika ini sedang melaksanakan persiapan bagi Istiadat Perbarisan Mengarak Panji-Panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tahun 2023.
Katanya, persiapan itu diadakan bermula hari ini hingga hari sebenar pada 10 Jun ini di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya.
“Ia akan melibatkan terbang lintas hormat beberapa pesawat helikopter daripada Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan TUDM,” kata kenyataan itu di sini. – Kosmo