8 lagi karya seni terkait 1MDB berjumlah RM120 juta akan dibawa pulang ke Malaysia – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam proses mendapatkan semula lapan lagi karya seni yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai lebih RM120 juta selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata, karya seni itu membabitkan Henri Matisse bernilai AS$52,500; Alexander Calder (AS$125,000); Pablo Picasso (AS$1.265 juta); William H. Bailey (AS$66,250); Raoul Dufy (AS$40,000); serta Salvador Dalí dan Gustave Loiseau yang nilainya masih dalam proses pengesahan dengan semua hasil seni dianggarkan bernilai RM6.9 juta.

Katanya, SPRM juga giat berusaha mendapatkan semula hasil jualan lukisan Claude Monet berjudul Vétheuil au Soleil, yang dijual di Switzerland pada harga kira-kira EUR25.2 juta atau sekitar RM114 juta.

“SPRM sudah mengenal pasti sejumlah 12 karya seni untuk dibawa pulang ke Malaysia.

“Daripada jumlah itu, empat berjaya diperoleh semula, manakala lapan lagi kini berada dalam pelbagai peringkat proses pemulihan,” katanya pada sidang media di Putrajaya menurut BH pada Rabu.

Mengulas lanjut, berhubung lukisan Claude Monet berjudul Vétheuil au Soleil, yang dijual di Switzerland, Azam berkata, Dana berkenaan kini dalam proses penyitaan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat dan usaha pemulihan sedang diteruskan melalui saluran perundangan serta kerjasama dengan pihak berkuasa di Amerika Syarikat dan Switzerland.

Terdahulu, Azam mempamerkan empat lukisan ternama berjaya dipulihkan yang sebelum ini dibeli menggunakan dana 1MDB di rumah lelong Sotheby’s di New York.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat