China Mulakan Sesi Persekolahan Dengan ‘New Normal’

- Advertisement -

CHINA – China yang merupakan tempat di mana kes pertama jangkitan Covid-19 didakwa ditemui dan dikenal pasti pertama kali pada 17 November 2019 lepas, kini telah memulakan sesi persekolahan setelah penutupan premis itu hampir tiga bulan.

Video pendek yang dikongsikan oleh China Daily beberapa hari lepas menunjukkan sesi persekolahan di China ketika ini dijalankan dengan prosedur kesihatan yang ketat.

Langkah itu bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 yang pernah mengganas paling teruk di wilayah tersebut sebelum beralih ke Amerika Syarikat.

Antara yang dipaparkan menerusi video tersebut, kelihatan pelajar sekolah di China memakai pelindung muka dan penutup mulut dan hidung ketika berada dalam kelas.

sebelum dan selepas memasuki kelas, pelajar sekolah di negara itu membersihkan tangan dengan cecair pembunuh kuman, atau hand sanitizer bersama dengan pemantauan dari guru.

Penjarakan sosial atau social distancing juga sentiasa diamalkan sama ada pada tempat duduk di bilik darjah mahupun ketika berjalan di luar kelas.

Terdapat juga sesetengah sekolah yang mengadakan sesi pembelajaran secara outdoor atau di luar kelas.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebelum ini memberitahu bahawa dunia terpaksa berhadapan dengan cara hidup normal yang baharu, atau new normal susulan pandemik Covid-19 ini.-SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat