Peserta IPR Boleh Jana Pendapatan Hingga RM5,000

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mendapat sambutan yang baik daripada peserta dan pengguna sekali gus mencapai sasaran yang ditetapkan.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, beliau mendapat maklum balas terkini bahawa ada peserta Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) berjaya memperoleh pendapatan sebanyak RM450 sehari dalam bulan Ramadan ini.

“Ini menunjukkan bahawa dengan mengikuti kerangka IPR yang disediakan, peserta-peserta ini boleh mendapat pendapatan anggaran antara RM4000 hingga RM5000 sebulan.

“Dan ini juga mendorong golongan penerima bantuan terus berniaga, termasuk sokongan pihak yang telah sedia berjaya dalam perniagaan, syarikat bukan kerajaan (GLC) dan sektor swasta utama,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Susulan itu katanya, untuk memohon menjadi peserta IPR, sila daftar secara online di pautan ini: https://ipr.epu.gov.my/sign_up

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat