PM dan Isteri Ziarah Raja Perlis Di Hospital Putrajaya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarahi Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang menerima rawatan selepas menjalani pembedahan di Hospital Putrajaya.

Perdana Menteri ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Perkara itu dikongsikan Anwar menerusi hantaran di laman Facebooknya, yang turut memuat naik beberapa keping gambar.

“Mendoakan Tuanku Raja Perlis dikurniakan aafiyah, Insya-Allah,” kata Perdana Menteri.

Istana Arau dalam kenyataan pada Ahad lalu memaklumkan Tuanku Syed Sirajuddin selamat menjalani pembedahan membaik-pulih kaki dan buku lali sebelah kanan di Hospital Putrajaya, sehari sebelumnya.

Kenyataan itu turut memaklumkan Tuanku Syed Sirajuddin berada dalam keadaan stabil sepanjang tempoh pembedahan yang bermula pada jam 12 tengah hari itu, dan pembedahan selesai dengan jaya pada 6.40 petang. – Bernama

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat