Kerajaan dua teraju, PM dan TPM – A. Kadir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin mendakwa kerajaan semasa ini mempunyai dua kemudi utama iaitu Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian mengulas bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim diumum sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) baharu, menggantikan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

“Selamat Pagi Malaysia Madani. Satu lagi lantikan Madani.

“Tahniah Perdana Menteri, agenda Timbalan Perdana Menteri mesti dipatuhi,” katanya dalam catatan di Facebook pada Khamis.

A. Kadir juga mendakwa dengan lantikan-lantikan berkenaan, kerajaan seolah-olah memungkiri janji-janji Pakatan Harapan (PH).

“Dua kerajaan dalam satu negera.

Kerajaan Perdana Menteri dan kerajaan Timbalan Perdana Menteri,” bidas beliau.

Semalam, Zahid mengumumkan lantikan Azeez itu ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, di Jitra, Kedah.

“Dahulu Keda di bawah Jamil Khir dan kerajaan memutuskan jawatan ini diberikan kepada Abdul Azeez.

“Pelantikan ini diharap dapat mengeratkan jalinan agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan kerajaan negeri,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat