Kerajaan perkasa inisiatif Wakaf Madani

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Melalui inisiatif Wakaf Madani yang diumumkan menerusi Belanjawan 2023, Pelan Induk Wakaf Nasional (PIWN) akan dijadikan panduan dalam pelaksanaan yang lebih cekap dan mobilisasi wakaf akan dimaksimumkan pada masa akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, kerajaan telah meletakkan pemerkasaan pengurusan wakaf sebagai agenda nasional.

Jelasnya PIWN adalah salah satu inisiatif yang digerakkan oleh Yayasan Waqaf Malaysia (YWM ) dalam membantu merealisasikan agenda ini.

“Seramai 125 orang yang terdiri daripada Jawatankuasa Pemandu, Fasilitator, Pakar Rujuk, Panel Penulis, Ahli-ahli Persidangan Meja Bulat dan urusetia penyediaan PIWN telah diraikan dalam majlis ini.

“Pelaksanaan PIWN ini yang telah bermula pada awal 2021 dan kini dalam fasa akhir penyediaan, dilihat penting dalam bertindak sebagai rangka kerja untuk panduan dan menggerakkan semua pihak berkepentingan, termasuk agensi Kerajaan, swasta serta masyarakat dalam pengurusan dan pentadbiran wakaf,” katanya di Majlis Apresiasi Pelan Induk Wakaf Nasional (PIWN), semalam.

Tambahnya, wakaf mempunyai potensi yang amat besar dan memberi impak yang besar kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat dan negara.

“Bersempena dengan bulan Ramadan yang diumumkan sebagai Bulan Wakaf Kebangsaan oleh Perdana Menteri pada 1 Ramadan 1444H yang lalu, beliau menyeru semua pihak untuk sama-sama menyokong pengimarahan amalan berwakaf menerusi kempen #WakafSeringgitJe yang dianjurkan oleh YWM,” katanya.

Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menganjurkan Majlis Apresiasi Pelan Induk Wakaf Nasional (PIWN) sebagai tanda penghargaan dan apresiasi kepada semua pihak yang terlibat dalam penyediaan PIWN.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM, Ruslan Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM dan Abdul Halim Mat Yusop, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YWM.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat