Lupakan kisah pahit, mulakan kisah baru demi perjuangan ABATA di Rumah Bangsa – Akmal

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh memanjatkan kesyukuran tidak terhingga dengan pengumuman Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memaklumkan pintu Rumah Bangsa dibuka seluas-luasnya kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat, digantung keahliannya untuk kembali atau mana-mana individu yang mahu bersama dengan perjuangan ini untuk menyertai Umno.

“Alhamdulilah, Alhamdulillah, Alhamdulilah. “Umno ini parti yang menyatupadukan kita semua, bukan memecah-belahkan.

“Penyatuan tanpa syarat.

“Kita lupakan kisah pahit yang berlaku,kita mulakan kisah baru demi perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air (ABATA) ini,” seru Adun Merlimau.

Zahid sebelum itu berkata, dalam semangat Ramadan yang penuh rahmat dan keampunan, segala kekhilafan dan perbezaan yang lalu dimaafkan sepenuhnya, demi membuka lembaran baharu untuk memperkukuh kembali keluarga besar Umno.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat